Tuesday, December 1, 2009

LIFE in IPTAR..



dah berbulan2 aku kat IPTAR.. Never thought life would be enjoy like this..

During my first week: aku byk duduk ngan bebudak J-QAF.. dah terbiasa ngan org semenanjung.. lgpun as a Sarawakian myself, I shud make them feel welcome.. aku tak berapa kenal pon budak IRMZ... only the girls la yg aku kenal..

Persekitaran yang baru, orang2 yang baru.. aduhai.. terasa susah betulll... Rindu betul dengan teman2 ku di KL. Aku banyak diam jer.. bukannya pendiam.. cuma nak adjust sket dengan cara2 org kat kch.. Nanti kalau aku lebih2 orang kata aku sombong pulak..pergi kelas pun aku masih sedih lagi.. aduyai.. tah hape2 kan???.. tpi as time goes by (chewah..) I finally can adjust myself very well...

Kelas muzik.. ok la.. senang (bukan nak belagak.. tpi itu cuma basic ja).. ada few frens yang sedikit ketinggalan. aku rasa pelik dengan pengurusan diorg sini.. ada ke patut ajar teori kat tengah2 semester.. sepatutnya perlu ada kelas teori sendiri.. kesian aku tengok diorg yang merangkak-rangkat nak belajar teori.. aku ada offer nak ajar few of my frens kat kelas.. tapi selalu sibuk so, tak jadi la pulak.

kelas2 lain okla.. tiada yang sempurna.. baik dan buruk tu dtg bersilih ganti.. ada masa aku rajin.. ada masa aku teramat malas.. ada masa happy ada masa moody tak tentu pasal..

B.I.G not bad la.. teruji benar diriku... huuhuhu.. best !!!



My classmates.. semuanya sporting.. best.. suke enjoy.. I'm so glad I met them.. Luv U all !!! we

enjoyed singing, playing, laughing, teaching, eating, travelling, shopping...


KL vs SARAWAK

Kembali ke Sarawak buatkan aku sedih pada mulanya.. bukan aku lupa diri or sombong or wut-so-eva pepople might say I am.. cuma aku rasa aku belum bersedia nak balik. Impian ku pada awalnya, ingin hidup berdikari di KL.. belum lagi berdikari sepenuhnya.. tpi aku sudah mula.. banyak perkara yang ingin aku capai .. walaupun hidup tak selalu senang.. biasalah tinggal alone.. everything uruskan sendiri.. tapi aku ada kawan2 yang supportive yang buat aku tabah..



financially aku belum merdeka, tpi walau sengkek mana pun aku slalu dapat laluinya. mungkin ramai kata aku boros. tpi tinggal kat KL tak sama dengan Sarawak.. di antara komitmen aku .. RUMAH + KERETA + MAKAN + TOLL +MINYAK ... kalau dibandingkan dengan kengkawan kat Sarawak.. stakat duduk umah family tu korg dah boleh jimat, bab makan.. stakat beli2 lauk bg kat emak + mkn kat kedai tu tak banyak mana pon. Hidup sorg2 kat kl smua kene sedia sendiri. aku tak menyesal pun dok KL. coz aku suka cabaran.. hidup kat Sarawak ni buat aku jadi manja.



Sape kata orang2 KL sombong? Kurang ajar? setau aku org2 yang sombong dan kurang ajar tu selalunya org yang datang dari ceruk2 kampung kerja tah ape2 kat kl ni.. hidup kat bandar memang selalu sendiri.. jiran bukannya tak bertegur, tapi masing2 sibuk.. tpi kalau terserempak memang borak2 pun. kalau bab driving.. aku lagi salute org2 kat KL drive.. kalau bab potong2 kereta, people memang sure angkat tangan.. kalau keluar dari simpang.. or buat salah sket.. memang angkat tangan (Mat Rempit lain cerita la).. walaupun jam org kat KL jarang nak hon2 sesuka hati (yang menyumpah seranah dalam hati tu , urusan sendiri la beb).. bab jalan2 shortcut/lari dari jam.. pun aku dah tau sket2..Setakat Jalan Ampang/Tun Razak/Jalan Pahang bole la tahan lagi...



Kalau bab shopping.. aku dah tau mana port nak beli murah.. barang2 dapur?? -hypermarket belambak.. Sale tak mengira masa.. pandai2 lah nak jimat duit. tempat makan yang menarik?? ikan bakar? nasi lemak? nasi kandar?? OMG... memang teliur kalau nak list down. tempat hiburan??? itu yang aku paling suka... huhu.. boleh karaoke/muvie??.. dll.. tpi bab clubbing, that's not my type.. org yang suke pergi suke hati diorg la.. aku tak kesah berkawan ngan sesape jer.. stakat lepak2 kat bar tu.. sekali dua cukup.. tak perlu selalu.. bagi aku takde faedah (aku kate bagi aku).. tapi bab mamak... teh tarik kurang manis !!! owh man .. I missed that..

Like I said.. bukan aku lupa diri or tak sedar diri.. hidup kat tempat orang banyak membuka pikiranku.. yer la.. cuma masa yang aku lalui terlalu cepat berlalu dan Tuhan panggil aku kembali ke tempat asalku.. makanya aku pergi aja deh.. lagipun aku pergi dengan damai.. aku pergi kerna berkat yang aku dpat.. smuanya kerna kebaikan Tuhan.

Aku bersyukur atas apa yang aku lalui. walaupun pada mulanya aku agak "shock !!" dan sedikit tidak selesa akan perubahan persekitaran. tpi yakin saja la.. kita tidak akan tahu apa yang ada di depan sampai kita laluinya sendiri... CHEERS !!!!

Sunday, July 5, 2009

KPLI

Sesuatu yang ku inginkan tetapi tak pernah aku harap akan berlaku begitu pantas.





17 Jun 2009, aku sah ! dapat tawaran KPLI, macam tak percaya jer boleh dapat sbb masa MTesT & temuduga aku langsung tak prepare.. 100% tak prepare. yang aku ingat aku just isi borang online (seperti yang disarankan my mum) pergi exam dengar selambe nyer (tido pkol 3 mlm sebelum tu) and interview dengan sempoi nyer (Sepatah haram PIPP, FPK pun aku tak hafal)... hmmm.. bersyukurla dapat di antara 60 ++ thousand people who applied.





tapi yang sangat2 tak best nya, lapor diri 22nd Jun.... Apa ??!!!!??!!... sesuka hati jer letak keputusan last menet. aku hanya 3 hari untuk bersama.. aper lagi aku meraung-raung sekuat-kuatnya... Oh Tuhan kenapa aku harus diletakkan kembali ke Sarawak??? Mtest and interview sume buat kat KL.. so I expect akan dapat kat KL jugak. aku sampai mati kutu tak tau nak buat apa.. and tak tau nak buat mana dulu.. arghhh resign letter to the bos.. halamak !!! itu dah settle and syukur aku tak bayar apa2 ganti rugi pun... dalam masa 2hari lagi aku akan say goodbye to Kak Ayu, Kak Ita, Fiza and K. yati and also bobo... and Janet and Christine.. rindduuuu nanti


apa lagi ngan student2 nih.. Kegilaan mereka pasti akan ku rinduiiii..



I had to let go everything untuk KPLI ni.. my part time job as a piano/keyboard teacher kat Yamaha.. baru jer nak masyuk gaji untuk 11 org student..



baru jer berjinak2 nak carma sket2.. sedikit kesal coz tak brani nak cuba sebelum ni.. Now dah terlambat .. kena tinggalkan KL.



Teman2 kat SIBKL yng baru ku kenali beberapa bulan.. thanx for all your unending support and prayers..

Tuesday, April 21, 2009

SPK/Champion Gathering

4-5 April 2009

Satu pengalaman luar biasa yang pernah aku alami. Selama beberapa bulan menghadiri kelas SPK; banyak perkara baru yang Tuhan taruh dalam hidupku. Kalau dilihat dari huraian topik yang ada, kelihatannya seperti topik-topik yang biasa didengar. Sampailah aku alami sendiri di dalam sesi-sesi SPK setiap minggu. Acaranya sederhana sahaja, tapi nilai yang kami dapat memang DA BOM !! memang benar seperti apa yang sering dilaungkan di dlm spk ; 'KETERBUKAAN ADALAH AWAL DARI PEMULIHAN !!!" Hanya keterbukaan yang dpat mendatangkan pemulihan dan keajaiban yang akan berlaku dalam hidup kita. Di saat kita terbuka, itulah masanya kita mengeluarkannya dari hidup kita dan seterusnya membiarkan Tuhan masuk dlm hidup kita.

Di dlm Champion Gathering juga saya mengalami perkara yang luar biasa. Banyak hal yang dikoreksi dan diselesaikan. Ternyata tiada yang terselindung di hadapan Tuhan. Dia tahu apa yang kita alami dan lakukan. Tapi dia ingin melihat apakah kita mengakuinya dan ingin membereskannya. Itu sangat2 menuntut kejujuran dan Tuhan mahu kita taat dan jujur dihadapanNya. Hubungan itu menuntut jalinan dua hala. Kalau kita tidak jujur dan menyerahkannya pada Tuhan, bagaimana kita mau Dia bertindak?? Tuhan itu sangat2 baik dan dia bekerja dengan luar biasa melalui apa yang saya alami di dalam Champion Gathering ini. Secara peribadi, saya sangat bersyukur kerana adik saya juga menyertai Champion Gathering ini, kami telah pun membuat rekonsilasi di antara satu sama lain. Saya percaya ini merupakan permulaan agar hubungan kekeluargaan kami akan dipulihkan.

Walaupun pernah melayani dlm jangkamasa yang lama, ternyata itu bukan yang terbaik yang pernah diberi pada Tuhan. Bukan hanya perbuatan, skill atau material yang diperlukan, tetapi Tuhan lebih rindu kita menyerahkan hidup kita buat Dia. Segala anugerah dan karunia yang diberi harus kita kembalikan kepadaNya. kerana dari Dia lah sumber segala sesuatu dan Dia la yang akan menambahkan segala sesuatu sesuai dengan iman kita...