Friday, April 2, 2010

Kebaikan Tuhan

3 bulan praktikum sudah hampir ke penghujungnya. Berat betul hati ni nak tinggalkan SKJOTS. Satu jangka masa yang singkat dan masih sedikit bekalan yang ku bawa untuk ke medan sebenar nanti. Masih begitu kecil sumbangan ku pada anak-anak bangsa di tempat ini. Terlalu tidak sempurna ilmu yang ku berikan pada anak-anak kecil ini. Aku ingin punya kesempatan untuk memperbaiki kesilapan dan memenuhi kekurangan yang ada. Tapi aku sudah tidak punya ruang masa yang membolehkan aku berbuat demikian.

Aku berterima kasih pada Tuhan atas kesempatan untuk belajar serta berkhidmat di sekolah ini. Terima kasih buat anak-anak kecil yang telah kau temukan dengan diriku. Engkau Bapa yang mengerti hati dan doa ku. Ya, Tuhan, aku punya hati yang besar untuk anak-anak kecil. Aku masih lagi ingat apa yang telah aku 'lihat' pada Mac 2009. Kini aku semakin pasti Tuhan, cara Engkau membawa aku di dalam hidupku memang sukar dimengerti, Tapi saat Selah, aku melihat kebaikan-kebaikanMu yang luar biasa .

Tuhan, ini baru langkah kecilku yang pertama, aku mau terus lagi menjadi berkatMu di dalam ladang yang telah Kau sediakan.. aku mau memberkati bangsa-bangsa ini... BANGSA MALAYSIA !

Friday, March 12, 2010

Muzik Tahun 2

Aku seronok belajar muzik, main muzik dan mengajar muzik. dalam 1 jam aku memang kena merangka betul2 aktiviti yang menyeronokkan tapi penuh dengan isi...

untuk aktiviti NOT PANJANG dan NOT PENDEK.. aku perkenalkan Krocet dan Minim.. dan irama Perancis nya.. mula-mula aku ajar baca irama then tepuk sekali.. dua simbol tu memang senang diorg nak tangkap.. aku lekat and buat susunan. bagi diorg baca.. aku tukar2 susunan.. bagi baca secara kumpulan.... kalau betul.. aku puji.. benda ni kene buat ulang- ulang..


Next.. aku dah sediakan 4 kad bod (4 kumpulan ).. banyak2 keping not Krocet dan Minim dan irama perancisnya sekali.. bahagikan kepada 4 kumpulan.. kumpulan akan diberi 1 kadbod dan kepingan2 notasi dan irama tadi ;


1. Bagi kad bod dulu.. makes them enquire what is that for.
2. Tunjukkan Kad2 notasi dan iramanya.. (pastikan berwarna-warni )..
3. Terangkan dengan jelas..
4. Bagi amaran.. jangan berebut-rebut.. semua akan dapat.. semua mesti bekerjasama.
5. Tunjukkan contoh dulu ( untuk memastikan kedudukan not betul dengan irama )
6. Bagi kad notasi dan irama..
7. Let them freely arrange it.. (tanggalkan yang di papan tulis.. supaya mereka tak ikut contoh)
8. Secara tak langsung, pelajar sudah mencipta corak irama mereka sendiri.
9. Setelah siap, lekat di papan tulis.
10. Trust me.. kalau arahan jelas.. pelajar takkan susun dengan salah.. my students did very well.. benda ni tak susah..
11. Then.. suruh diorg tepuk secara berkumpulan mengikut apa yang telah disusun tadi. Kumpulan juga boleh memilih untuk menepuk hasil susunan kumpulan lain.


Contoh :















Klimaks..


Perkenalkan kastanet.. cara bermain kastanet kan macam menepuk.. beri peluang mereka memainkan kastanet secara berkumpulan. Panduannya ialah corak irama yang telah dicipta tadi.. Jadi, pelajar takkan memainkan kastanet sesuka hati.. Pelajar yang lain akan memerhatikan dan menepuk bersama-sama.


Amaran kepada Murid :

Sesiapa yang tidak mengikut arahan cikgu, cikgu rampas kastanet.. awak takkan dapat main dengan kawan awak lagi..

Trust me.. senakal-nakal pelajar time ni.. diorg akan dengar ckp juga coz dia nak main kastanet..
kalau nakal.. cikgu ambik jer kastanet tu.. kene ajar sket budak2 tu supaya kawan2 yang lain tak ikut sama.

*Kastanet boleh ditukar dengan kerincing - untuk bunyi pendek, badan kerincing dipegan supaya bunyinya tidak sustain, manakala bunyi panjang, main seperti biasa.

SELAMAT MENCUBA !!!!

Thursday, March 4, 2010

MARCH 2010...

Baru nak update my blog.. tak regular sangat.. tapi tak jugak lupakan blog ni.. hmm..

Diutus ke SK Jalan Ong Tiang Swee utk menjalani praktikum. Gemuruh gementar tu memang ada.. seblum ni takda pengalaman mengajar anak-anak kecil dalam kumpulan yang besar. One to one piano lesson pernah la.. Telah diingatkan dari awal lagi "kawalan kelas" memang wajib dikuasai oleh guru-guru.. tak kira la berapa dasyat guru tu.. berapa tinggi degree dia ada.. kalau tak boleh kawal kelas, bukan guru namanya..

Minggu pertama, sesi meninjau-ninjau suasana sekolah, pelajar, berkenal-kenalan ama guru dan staf. budak2 di sini advance2 belaka.. ramai yang cakap mat salih sebab perkahwinan campur (tpi bukan campur omputeh pun).. bagiku itu satu bonus kalau mereka mampu bercakap bahasa ibunda mereka, tapi sayangnya keluarga lebih mengutamakan English.. it's good anyway.. the first thing that came to my mind is.. cakap matsalih jugaklah dengan mereka.. tpi tidak masa BM.. oh tidak.. aku perlu pentingkan Bahasa Melayu dlam kelas tu.. bayangkan pelajar tanya "Cikgu what is umur ?" my goodness. Parents, dari apa yang aku dengar.. sesetengah sangat supportive.. sesetengah laen macam.. kene berhati-hati.. coz student pandai pulak buat cerita.. adush2.. ni yang cuak nih..

kali pertama masuk kelas.. berpeluh sakan aku.. tapi aku takmo tunjukkan ke-cuak-kan.. ego mesti tinggi beb.. cikgu katakan.. rata-rata ok.. walaupun nakal.. emm biasalah tu budak.. tpi itu membuatkan aku untuk berifikir lebih lagi supaya dapat menghasilkan cara untuk menjadikan kelas lebih menarik. Macam org besar juga, budak2 ni tak boleh bosan.. bila dah bosan mulalah pusing kiri-kanan cari kawan untuk bermain.. main tak bosan pulak !!!.. hmm.. tiap2 malam aku brainstorm untk idea yang menarik.. hasilnya bole la.. tpi perlu lagi.. huhu.. bukan pelajar je menjana idea.. guru pun sekali..

kawalan kelas.. kadang2 ok.. kadang2 tak ok.. apa yang aku lihat.. kalau 2 @ 3 waktu pertama, diorg baik2 lagi.. masih lemau dari umah.. kalau dah nak dekat rehat fuiyoo.. tanduk dah naik.. apa lagi kalau lepas rehat.. paras gula dalam badan menaik, aktif ----> hyper jadinya... haiyoo.. berlari-lari.. menjerit2..terpekik.. terlolong.. sabar jer la..

Will update soon...