Friday, March 12, 2010

Muzik Tahun 2

Aku seronok belajar muzik, main muzik dan mengajar muzik. dalam 1 jam aku memang kena merangka betul2 aktiviti yang menyeronokkan tapi penuh dengan isi...

untuk aktiviti NOT PANJANG dan NOT PENDEK.. aku perkenalkan Krocet dan Minim.. dan irama Perancis nya.. mula-mula aku ajar baca irama then tepuk sekali.. dua simbol tu memang senang diorg nak tangkap.. aku lekat and buat susunan. bagi diorg baca.. aku tukar2 susunan.. bagi baca secara kumpulan.... kalau betul.. aku puji.. benda ni kene buat ulang- ulang..


Next.. aku dah sediakan 4 kad bod (4 kumpulan ).. banyak2 keping not Krocet dan Minim dan irama perancisnya sekali.. bahagikan kepada 4 kumpulan.. kumpulan akan diberi 1 kadbod dan kepingan2 notasi dan irama tadi ;


1. Bagi kad bod dulu.. makes them enquire what is that for.
2. Tunjukkan Kad2 notasi dan iramanya.. (pastikan berwarna-warni )..
3. Terangkan dengan jelas..
4. Bagi amaran.. jangan berebut-rebut.. semua akan dapat.. semua mesti bekerjasama.
5. Tunjukkan contoh dulu ( untuk memastikan kedudukan not betul dengan irama )
6. Bagi kad notasi dan irama..
7. Let them freely arrange it.. (tanggalkan yang di papan tulis.. supaya mereka tak ikut contoh)
8. Secara tak langsung, pelajar sudah mencipta corak irama mereka sendiri.
9. Setelah siap, lekat di papan tulis.
10. Trust me.. kalau arahan jelas.. pelajar takkan susun dengan salah.. my students did very well.. benda ni tak susah..
11. Then.. suruh diorg tepuk secara berkumpulan mengikut apa yang telah disusun tadi. Kumpulan juga boleh memilih untuk menepuk hasil susunan kumpulan lain.


Contoh :















Klimaks..


Perkenalkan kastanet.. cara bermain kastanet kan macam menepuk.. beri peluang mereka memainkan kastanet secara berkumpulan. Panduannya ialah corak irama yang telah dicipta tadi.. Jadi, pelajar takkan memainkan kastanet sesuka hati.. Pelajar yang lain akan memerhatikan dan menepuk bersama-sama.


Amaran kepada Murid :

Sesiapa yang tidak mengikut arahan cikgu, cikgu rampas kastanet.. awak takkan dapat main dengan kawan awak lagi..

Trust me.. senakal-nakal pelajar time ni.. diorg akan dengar ckp juga coz dia nak main kastanet..
kalau nakal.. cikgu ambik jer kastanet tu.. kene ajar sket budak2 tu supaya kawan2 yang lain tak ikut sama.

*Kastanet boleh ditukar dengan kerincing - untuk bunyi pendek, badan kerincing dipegan supaya bunyinya tidak sustain, manakala bunyi panjang, main seperti biasa.

SELAMAT MENCUBA !!!!

1 comment:

Kamal said...

Saya suka dengan usaha dan dedikasi Alma. Tahniah, semoga terus berjaya. Dan yang paling penting enjoy apa yang anda lakukan dan pasti anak didik akan sentiasa enjoy pengajaran anda.